Hi guys, Rindu sangat nak update blog. Akhirnya dapat jugak update blog ni, Heee XD Nak cakap sikit la pasal semalam bukan pasal BERSIH -.-

Semalam ada futsal kat sekolah Nony Zimah Atol Tasha Eyna Farah masuk competition tu, so ktrg datang la jadi penyokong. Azirah Diba Sarah Nano Haikal Izah haha lawok benor semalam. Yang paling lawak, satu hari tu cakap pasal politik bajet je en.

Okay harini pulak, Saya bangun 745 gelabah gila nak pegi tuition. Bila saya habis mandi je saya berniat 'Harini aku kena focus and belajar betul2' Aicehh haha then pegi tuition tengok la jalan dkt pasar seni macam takda orang sgt pagi tu dkt class pun tak ramai sangat sebab semua takut nak datang ingat bersih ada lagi. Aku pun balik macam biasa semasa tunggu sarah beli makanan tetibe ada la sorang matsalleh ni datang tanya kat mana Central Market aku pun macam haihh kalau duduk tmpt ni mesti matsalleh tnya pasal Central Market padahal depan mata je. Aku pun cakap la dkt situ, then dia tnya pulak nak pegi batu caves naik apa then aku suruh la dia naik bas. Tapi kan yang rasa seronoknyaa, harini saya sangatlah confident. Sebutir perkataan yang keluar dari mulut aku sangatlah lancar dan aku cakap dgn sangatlah confident haha. Sejujurnya aku ni bukan pandai sangat bi.

Ha dah habis dah cerita aku. Bye semua